1.0 WANG PENDAHULUAN (DEPOSIT)

1.1 Wang pendahuluan (deposit) diperlukan bagi setiap tempahan. Deposit ini TIDAK AKAN dikembalikan jika peserta membatalkan tempahan KECUALI sakit tenat atau meninggal dunia. Jadual pembayaran adalah seperti berikut: –
Pakej <RM 1,000.00 = 50% deposit, baki 30 hari sebelum pelepasan

Pakej RM 1,000.00 – RM 5,000.00 = RM 1,000.00, baki 45 hari sebelum pelepasan

Pakej Haji = RM10,000.00, baki 45 hari sebelum pelepasan

2.0 WANG PEMBATALAN
2.1 Sekiranya terdapat peserta yang membatalkan tempahan, mereka perlu memaklumkan kepada Ukhwah Sejati Sdn Bhd SECARA BERTULIS untuk ketelusan. Caj pembatalan adalah seperti berikut: –

60 hari sebelum pelepasan = 30%
30 hari sebelum pelepasan = 70%
15 hari sebelum pelepasan = 100%

3.0 CARA PEMBAYARAN
4.1 Pembayaran penuh mesti dijelaskan dibuat di pejabat Ukhwah Sejati Sdn Bhd. SILA DAPATKAN RESIT RASMI SYARIKAT.
4.2 Pembayaran dalam bentuk bank draf / cek berpalang hendaklah dibuat atas nama “UKHWAH SEJATI SDN BHD”

4.0 DOKUMEN PESERTA
4.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan mereka mempunyai passport antarabangsa yang masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berangkat.

5.0 TANGGUNGJAWAB PESERTA
5.1 Sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ukhwah Sejati Sdn Bhd.
5.2 Waras.
5.3 Segala pembatalan tanpa sebab-sebab yang munasabah, setelah segala urusan pembayaran serta penginapan, para peserta boleh dikenakan tuntutan gantirugi mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak Ukhwah Sejati Sdn Bhd.
5.4 Bersetuju membayar muatan barang melebihi had yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.
5.5 Bersetuju untuk tidak menuntut sebarang bayaran atas segala perkhidmatan yang tidak digunakan sepanjang perjalanan / pakej.
5.6 Bersetuju untuk membayar segala perbelanjaan tambahan atas perkhidmatan diluar dari pakej.
5.7 Bersetuju untuk membayar segala perbelanjaan tambahan atas perkhidmatan “stretcher”.
5.8 Bersetuju dan berjanji untuk tidak mengambil apa jua jenis dakwaan, tindakan, tuntutan atau pampasan gantirugi ke atas perkara yang berlaku seperti kelewatan, kehilangan, kebakaran atau apa-apa jua jenis kesusahan, kesulitan, banjir, ribut, gempa bumi, rusuhan, peperangan dan seumpamanya yang di alami semasa perjalanan pergi dan balik atas segala kecederaan tubuh atau harta benda.
5.9 Peserta bertanggungjawab menguruskan bagasi masing-masing untuk pemeriksaan kastam dan daftar masuk ke dalam pesawat. Sekiranya berlaku kehilangan bagasi dari pesawat, peserta hendaklah membuat aduan terus kepada syarikat penerbangan.

6.0 TANGGUNGJAWAB SYARIKAT
6.1 Pihak Ukhwah Sejati Sdn Bhd perlu menyediakan segala keperluan tertaluk kepada pakej melainkan dinyatakan sebaliknya.
6.2 Ukhwah Sejati Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kecederaan, kerosakan atau apa-apa yang berkaitan dengan tempat penginapan, pengangkutan atau lain-lain perkhidmatan yang berhubung secara langsung atau tidak langsung akibat dari kecuaian perserta, takdir bencana alam, kebakaran dan sebagainya.
6.3 Ukhwah Sejati Sdn Bhd berhak menukar aturcara perjalanan, tempat penginapan dan lain-lain tanpa sebarang notis kepada peserta. Sekiranya perlu, Ukhwah Sejati Sdn Bhd berhak untuk membatalkan acara. Segala pembayaran yang telah dibuat akan dikembalikan.
6.4 Harga pakej adalah tertakluk kepada kadar tukaran wang asing dan kenaikan harga tike pesawat semasa. Segala perubahan harga pakej adalah dibawah tanggungjawab peserta.
6.5 Ukhwah Sejati Sdn Bhd hanya akan melayan aduan yang ditulis secara rasmi.
6.6 Ukhwah Sejati Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas perbelanjaan perubatan peserta.
6.7 Ukhwah Sejati Sdn Bhd tidak akan menanggung kos aktiviti selain yang telah dinyatakan di dalam pakej.

7.0 KHAS UNTUK UMRAH & HAJI – DOKUMEN PERSERTA
7.1 Segala dokumen untuk visa (gambar & passport) dan buku suntikan hendaklah disediakan dan tertakluk kepada pemohonan visa yang diluluskan oleh Kedutaan Kerajaan Arab Saudi. Pihak Ukhwah Sejati Sdn Bhd tidak boleh ditanggungjawabkan jika berlaku masalah untuk mendapatkan visa daripada pihak Kedutaan Kerajaan Arab Saudi. Pihak Ukhwah Sejati Sdn Bhd juga berhak untuk menuntut segala pembayaran dari peserta bagi pengurusan mendapatkan visa.
7.2 Dokumen yang diperlukan: –
7.2.1 Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari enam (6) bulan dari tarikh penerbangan beserta enam (6) muka surat kosong.
7.2.2 Empat (4) keping gambar berwarna berukuran 6cm X 4cm berlatarbelakangkan warna putih. Bagi wanita, WAJIB memakai tudung kepala hitam atau warna gelap yang lain manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau apa-apa aksesori lain yang menutup kepala.
7.2.3 Kad suntikan ACYW135 atau surat pengesahan dari doktor kerajaan atau swasta.
7.2.4 Sila dapatkan Apendix I, II dan III dari ejen kami untuk maklumat lengkap mengenai senarai dokumen yang diperlukan wanita 45 tahun kebawah, lelaki 18 tahun ke bawah, muallaf, mukallaf dan warga asing.

8.0 PERTANYAAN / ADUAN BERTULIS

8.1 Segala pertanyaan dan / atau aduan bertulis hendaklah dialamatkan kepada: –

final-logo

Ukhwah Sejati Travel & Tours Sdn Bhd (855050-V / KPK/LN 6829)

A-G-06 Dataran Cascade,
No 13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.

T: +(60)3 8601 3505

W: http://www.ukhwahsejati.com.my

E: info@ukhwahsejati.com.my